Tuesday 8 March 2011

Zaman sebelum DSLR


Sebelum zaman DSLR, saya merupakan peminat rock yang fanatik sehingga saya membeli sebuah guitar untuk belajar guitar. Impian saya pada masa itu, untuk menjadi seorang guitarist yang hebat seperti Joe Sartini,   Slash Gun N Roses, Jimi Hendrix dan ramai lagi termaksud Edry Hashim, Man Kedal dan Sham Kamikaze.

Band yang saya gilai dari zaman sekolah menengah dahulu Slipknot, Korn, System Of A Down, Blink 182 menguatkan lagi semangat pejuangan jati saya untuk belajar guitar kecuali Weslife, Backstreet boy itu bukan keminatan saya sehingga kini.

Guitar Pertama
Setelah nekad untuk membeli guitar, maka hati pun tidak tertahan lagi. Bersama Gary dan Nick kami bertiga ke Zoso Music yang pada masa itu terletak di atas Maybank Batu 3 Kuching. Saya telah dipekenalkan oleh pemilik kedai tersebut kepada Cort Z40 include 10w amp, buku belajar guitar, cd, guitar strap, tuner, kabel dan resit pembelian(mana2 pun dapat kalau beli barang). Pada cuti hujung minggu awal pagi saya akan training di bilik, buka laptop, buka "youtube" search video belajar main guitar pada masa itu.

Berhenti seketika..cerita lom tamat gik
Oleh kerana "keracunan dan diracun" oleh DSLR saya telah berhijrah kepada dunia fotografi yang pada masa saya telah diracun oleh Samuel. Maka berhenti seketika perjalanan guitar ku, bermulalah dunia fotografi dalam hidupku. Tapi..one day i be back!

No comments:

Post a Comment