Wednesday 9 March 2011

Picture Style For My Canon 1000d

Hari ini saya tertanya-tanya bagaimana ingin me'settings kan picture style saya. Jadi saya telah menemui jalan penyelesaian dan terima kasih kepada rakan-rakan di Facebook especially dari Sarawak Photographer Group yang banyak membantu.

Tanpa membuang masa tengahari saya yang sedap kalau makan, saya membuat simple try n error dengan men'dowload file-file dari Canon Japan. Saya telah men'download atau memuat turun 6 jenis picture style yang berbeza iaitu :

1. Nostagia
2. Clear
3. Potrait Snapshot
4. Twilight
5. Emerald
6. Autumn Hues

Saya telah run simple test terhadap keenam-enam jenis picture style ini dalam 2 jenis kategori iaitu :
a. Without flash, ISO 400, Shutterspeed 1/4
b. With build in flash ISO 100, Shutterspeed 1/4
1. Nostagia
Without flash, ISO 400, Shutterspeed 1/4
With build in flash ISO 100, Shutterspeed 1/4
2. Clear
Without flash, ISO 400, Shutterspeed 1/4
With build in flash ISO 100, Shutterspeed 1/4
3. Snapshoot Potrait
   
Without flash, ISO 400, Shutterspeed 1/4
With build in flash ISO 100, Shutterspeed 1/4
4. Twilight
Without flash, ISO 400, Shutterspeed 1/4
With build in flash ISO 100, Shutterspeed 1/4
5. Emerald
Without flash, ISO 400, Shutterspeed 1/4
With build in flash ISO 100, Shutterspeed 1/4
6. Autumn Hues
Without flash, ISO 400, Shutterspeed 1/4
With build in flash ISO 100, Shutterspeed 1/4


That all my friend!! Let Photography!! Ini sahaja daripada saya untuk very2 simple try cuba test drive, kalau ada cadangan atau pandangan i do please want to know. Peace! 

Tuesday 8 March 2011

Zaman sebelum DSLR


Sebelum zaman DSLR, saya merupakan peminat rock yang fanatik sehingga saya membeli sebuah guitar untuk belajar guitar. Impian saya pada masa itu, untuk menjadi seorang guitarist yang hebat seperti Joe Sartini,   Slash Gun N Roses, Jimi Hendrix dan ramai lagi termaksud Edry Hashim, Man Kedal dan Sham Kamikaze.

Band yang saya gilai dari zaman sekolah menengah dahulu Slipknot, Korn, System Of A Down, Blink 182 menguatkan lagi semangat pejuangan jati saya untuk belajar guitar kecuali Weslife, Backstreet boy itu bukan keminatan saya sehingga kini.

Guitar Pertama
Setelah nekad untuk membeli guitar, maka hati pun tidak tertahan lagi. Bersama Gary dan Nick kami bertiga ke Zoso Music yang pada masa itu terletak di atas Maybank Batu 3 Kuching. Saya telah dipekenalkan oleh pemilik kedai tersebut kepada Cort Z40 include 10w amp, buku belajar guitar, cd, guitar strap, tuner, kabel dan resit pembelian(mana2 pun dapat kalau beli barang). Pada cuti hujung minggu awal pagi saya akan training di bilik, buka laptop, buka "youtube" search video belajar main guitar pada masa itu.

Berhenti seketika..cerita lom tamat gik
Oleh kerana "keracunan dan diracun" oleh DSLR saya telah berhijrah kepada dunia fotografi yang pada masa saya telah diracun oleh Samuel. Maka berhenti seketika perjalanan guitar ku, bermulalah dunia fotografi dalam hidupku. Tapi..one day i be back!

Sunday 6 March 2011

Zulkha Photography Di Sejiwa Senada Kapit

sumber gambar : Faizul
Gambar kenangan Bersama Robert Mayau & Zulkha Photography

My First Outdoor Shoot In Kapit

Anita
Sam & Anita
Disini saya kongsikan pengalaman pertama saya mengambil gambar outdoor bagi pasangan Sam dan Anita, dan pada masa itu saya membantu Dino iaitu cousin saya sendiri. Turut ada oada masa itu Encik Kennedy dan isteri Puan Julita (make up artist).

Outdoor tersebut dibuat di Komplek Kerajaan Negeri, Kapit. Ini merupakan percubaan pertama saya atau lebih molek "Percubaan Pertamaku". Pada masa itu saya hanya dapat bersama di Komplek Kerajaan Negeri. Sadly, pada masa itu saya ada urusan dan tidak dapat bersama mereka di Mujong.

Selepas itu saya, Herry, Faizul, Djack, Terence dan Austin ada terlibat dalam satu Pre-wedding/Outdoor Untuk Eijam dan Zilah di Kapit. Terima kasih pada rakan-rakan yang sudi memberi tunjuk ajar dan pendedahan kepada saya dalam Pre-wedding atau Outdoor. Pengalaman belajar bersama mereka cukup bermakna bagi saya.

Saya berharap saya dapat belajar lebih banyak lagi outdoor/pre-wedding selepas ini bersama Sifu-sifu saya di Kapit. Tunjuk ajarku Sifu..

Inilah aku, Seorang Photographer Dari Kapit

Samuel & Kosma


Inilah aku, lebih dikenali sebagai James, some call me Lockon. Hobi saya fotografi, saya suka mengambil gambar, sehingga saya ingin sangat menjadi seorang jurugambar yang hebat seperti Pete Souza. Minat saya bermula setelah anak buah saya Samuel membeli sebuah DSLR dan telah menarik minat saya.


Sebelum cuti Hari Gawai 2010, kerana ini sangat memilik sebuah DSLR saya telah membeli sebuah kamera DSLR iaitu EOS Canon 1000d sehingga kini saya menggunakannya. Orang pernah kata, kalau minat, kita sanggup buat apa sahaja. Kalau tak minat, nak cakap pun tak nak apatah lagi nak buat. Pada June 2010 saya telah menghadiri majlis perkahwinan cousin/sepupu saya iaitu Juwita Augsutine di Kuching. Pada majlis tersebut saya telah berjumpa sepupu saya Dino Jilan yang pada masa itu menggunakan Sony Alpha A300


Maka, pada Ogos 2010 saya telah menerima tawaran untuk bertugas di Kapit iaitu bandar kelahiran saya. Sungguhpun saya sedih meninggalkan rakan-rakan setugas saya di Kuching dan rakan lain yang sudah seperti keluarga saya sendiri.


Maka, bermulalah episode Dunia Fotografiku disini. Bagaimana? Episode ini bermula dengan shoot pertama saya iaitu di pejabat bersama rakan-rakan sekerja.


Sesi Outdoor pertama yang saya sertai ada Outdoor With Anita Bayu and Sam yang pada masa itu cousin saya Dino menghubungi saya dan mengajak saya untuk membantu beliau.


Syukur pada hari keluarga KDC/MDK( Majlis Daerah Kapit) saya telah mengenali seorang kawan lelaki Melanau yang macho seperti saya juga iaitu Encik Herry yang pada masa itu menggunakan DSLR Sony Alpha A230 dan 
kami saling berkongsi pendapat tentang DSLR.


Event/Majlis pertama yang saya first shoot di Kapit adalah "Majlis Kesyukuran Eddie Kuwing" yang telah memenangi 3 trofi dari DAMA. Beliau telah menjemput saya dan Event yang paling meriah dan happening. Thank you Eddie Kuwing, saya doakan anda berjaya dalam karrier sebagai seorang penyanyi iban yang hebat. Tak sabar tunggu album baru Eddie Kuwing.


Dalam masa itu juga saya dan Herry dan turut di sertai oleh adik saya sendiri iaitu Terence dan model pertama saya iaitu Grace.


Kali pertama saya mengambil gambar bagi Majlis Perkahwinan adalah pada perkahwinan Samuel dan Kosma di Song bersama Herry dan Austin iaitu abang saya.


Permulaan Kapit Photography :


Satu malam saya search untuk Kelab-kelab fotografi di facebook, saya berjaya me'add dan di approve. Terima kasih admin kerana approve saya. Disitu saya mengenali Encik Faizul dan menjadi kawan saya di facebook.


Akhirnya pada satu petang yang damai, bertempat di FB( Famous Bakery) saya, Herry dan Faizul bertemu dan berbincang tentang sejarah group Kapit Photography, perkongsi ilmu tentang kamera dan teknik-teknik khas/skill.


Dari Famous Bakery kami berpindah ke Town Squere, disitu saya dapat belajar teknik percahayaan, fungsi-fungsi shutter speed mode, aperture mode dan cara menggunakan manual mode sebelum ini saya hanya menggunakan auto mode.


Sejiwa Senada bersama Zulkha Photography special guest Djack Djanggo & Marizan Jr 18-19 November 2010
Pada 18-19 November 2010, saya bersama Faizul, Herry, Austin(abg saya), Dino, Djack dan Marizan dari Kuching yang turun untuk bersama di pameran pertama kami di acara terbesar di Dewan Suarah Kapit pada masa itu. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah datang melihat pameran gambar dari kami semua dan turut photoshoot di booth kami.


Pada masa itu banyak telah saya pelajari daripada Djack, Marizan dan Dino. Kecuali teknik "Farouq Afferol" Djack yang baru diperkenalkan pada tahun 2011. Thank you guy!


Harapan saya, agar ramai lagi Photographer di Kapit menyertai kami dan berkongsi, berbincang tentang DSLR, bersama menyertai program "outdoor", "outing", "candid shoot" dan berjaya.