Tuesday 17 June 2014

Kem Batu Arang, Kapit - Sangan - Tatau- Bintulu Ride

Project ride offroad ini tercetus pada 1.2.2014 semasa melakukan ride ke Klinik Nanga Bena, Sk Nanga Bena dan Sk Rantau Panjai Kapit dulu apabila Bro Nicholas mencadangkan kepada saya dan Bro Gary untuk buat ride offroad dari Kem Batu Arang Kapit - Anab-Sangan-Tatau dan  ke Bintulu. Kami bertiga pun bersetuju menetapkan satu tarikh yang sesuai iaitu pada tarikh 12 Jun 2014 memandangkan pada masa kebanyakan orang mungkin sudah banyak balik dari cuti Hari Keamatan dan Hari Gawai Dayak.

Kami telah mengumpulkan rider-rider yang berminat untuk menyertai ride tersebut. Saya telah menghubungi rakan-rakan dan menerangkan tentang ride offroad tersebut. Sebelum itu kami ada membuat satu lagi ride ke Nanga Bena dan Rantau Panjai, disertai oleh saya sendiri, Gary, Nicholas, Hackle dan Sharifah. 


Pada ride tersebut juga kami ada berkongsi cerita dan maklumat berkenaan projek offroad ride ke Bintulu tersebut kepada rakan-rakan. Hackle menyatakan berminat untuk turut serta dalam project


Saya menghubungi seorang rakan iaitu Valarian, dan beliau pun berminat menyertai ride kami dan seorang lagi iaitu Alex dari Bintulu, saya telah menerangkan tentang detail project offroad ride tersebut dan beliau berminat menyertai kami dan menyatakan akan membawa motorsikalnya dari Bintulu ke Kapit pada musim cuti sekolah dan Gawai Dayak. 


1 DAY BEFORE D-DAY



















 Demak DTM 150 - 3 unit, DM-X - 1 unit, Kawasaki D-Tracker 150- 1 unit and Kawasaki KLX 150s- 1 unit selamat tiba di Kem Batu Arang, Kapit

11 Jun 2014, rakan-rakan saya Gary, Nicholas, Hackle, Valarian, Alex dan turut dibantu oleh Gilbert@ Boy Junior telah menghantar motorsikal kami ke Kem Batu Arang, Kapit. Pada masa itu saya tidak berada di Kapit kerana terlibat dengan ujian di Kuching dan kembali ke Kapit pada awal pagi. Kami menggunakan perkhidmatan perahu Kargo untuk membawa motorsikal ke Kem Arang Batu Kapit, kos bagi sebuah motorsikal adalah RM20.00, kos seorang penumpang adalah RM8.00. Sebuah perahu kargo boleh membawa 3 buah motorsikal untuk 1 kali trip( kami ada 6 buah motorsikal). Saya berterima kasih kepada rakan-rakan kerana membantu membawa motorsikal saya ke kem arang batu kapit semasa ketiadaan saya pada hari itu atas urusan rasmi.


THE D-DAY 12/6



 Nicholas with his new mask


 Dari Kiri : Gary, Hackle, Alex, Valarian dan saya
 Gary & Hackle


 Sementara menunggu dan berehat kami berbual dengan penduduk tempatan dan pekerja kem batu arang

Pada 12 Jun 2014, jam 10.40 pagi kami semua berkumpul di Town Squere dan berlepas pada jam 11.00 pagi ke Kem Batu Arang. Setibanya di Kem tersebut kami mengisi minyak, mempersiapkan diri dan membuat persediaan seperti memasang body armor proctected, knee pad, elbow pad, glove, mengikat dan menyusun bagasi.

PERJALANAN


Pada jam 12.00 tenghari kami berlepas. Sepanjang laluan keadaan jalan adalah berbatu dan berdebu sepertimana dimaklumkan oleh penduduk dan pekerja kem undang-undang pemanduan di jalan berkenaan adalah berbeza daripada undang-undang jalan raya di mana Logging Road Rule atau Undang-undang jalan kem balak. Lori-lori balak yang sarat dengan muatan kayu balak takkan menggelak sekiranya kita(penunggang motorsikal) tiba-tiba memasuki laluannya, bagi mengelakkan kejadian itu Nicholas merupakan rider yang berpengalaman tentang pemanduan di jalan kem balak telah dilantik untuk menjadi Lead Rider kami. 


Kami berhenti rehat seketika untuk makan tengahari dan untuk mengisi minyak di sebuah pondok sebelum meneruskan perjalanan. Pada masa itu saya tidak mengisi minyak memandangkan minyak motorsikal saya masih banyak lagi.  Muka bumi yang cantik dan pemandangan yang indah di kawasan yang kami lalu membuatkan kami berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar dan kami bertemu dengan penduduk-penduduk tempatan. Penduduk tempatan  sungguh peramah dan banyak membantu ride kami dengan menceritakan/menunjukkan laluan-laluan, kem-kem dan lain-lain perkara kepada kami.  


Keadaan permukaan jalan di sepanjang perjalanan adalah berbeza, jalan berdebu, jalan berpasir, jalan berbatu-batu, jalan tanah liat dan jalan becak. Saya terjatuh di bahagian jalan yang berbatu-batu ketika menaiki bukit dimana saya tersilap teknik mendaki syukur pada tuhan saya tiada apa-apa dan rakan-rakan pantas berlari ke arah saya untuk mengangkat motorsikal dan saya. Selepas itu saya cuba sekali lagi mendaki dan kali ini teknik yang betul saya berjaya sampai di atas selepas diberi tunjuk ajar oleh rakan-rakan. Tidak lama selepas itu cuaca telah berubah menjadi hujan. Kami menunggang dengan berhati-hati kerana keadaan jalan yang licin terutamanya di bahagian jalan tanah liat dimana ada bahagian mendaki dan menurun.


Selepas melepasi laluan itu kami meneruskan perjalanan dimana jalannya adalah sama seperti jalan pada mula kami bermula. Kami singgah sebentar di persimpangan T dan bertemu dengan penduduk tempatan, mereka memberikan maklumat pada kami tentang jalan ke sangan dan beberapa maklumat tambahan. Pada masa itu saya dan rakan-rakan mengisi minyak motorsikal  sebelum memulakan perjalanan.


Kami meneruskan perjalanan walaupun sudah malam, sehingga kami berhenti di sebuah lagi persimpangan T dimana kami bertanya kepada seorang lelaki yang berkemungkinan pekerjaan nya jaga di kawasan tersebut memaklumkan kepada bahawa simpang ke Sangan adalah 5-10 minit lagi untuk sampai. Kami pun meneruskan perjalanan dan menemui jalan yang dimaksudkan itu. Kami meneruskan perjalanan ke Tatau dan berhenti Stesen Minyak Petronas Tatau.



 Jalan yang licin selepas hujan
 Jalan becak






 Our Lead Rider Mr Nicholas






 Ride till night


 Berhenti untuk makan tengahari










 Resting and refueling
 Alex resting for a while

Valarian menunjukkan kedudukan kami kepada penduduk tempatan

Tiba di Stesen Minyak Petronas Tatau pada jam 9.30 malam kami berhenti untuk mengisi minyak dan untuk berehat sebentar sebelum kami meneruskan perjalanan ke Bintulu. Pada jam 10.00 malam kami bergerak ke Bintulu dan setibanya di rumah saudara Gary kami berhenti untuk mandi, mencuci pakaian dan menyimpan barang sebelum keluar untuk makan malam pada jam 1.00 pagi.





 Tiba di Stesen Minyak Petronas Tatau untuk mengisi minyak dan berehat




 Alex with his bike
 Hackle with his bike 
 Our Lead Rider, Nicholas
 Me and Gary


Hackle & Nicholas taking selfie


Kami mejamu selera di Restoran Rose Marie, Bintulu


Akan Bersambung~

No comments:

Post a Comment