Tuesday 19 July 2011

Sarawak FA Coming to our town! Kapit

18.7.2011, saya berkesempatan diberikan peluang oleh pihak penganjur iaitu Persatuan Bola Sepak Kapit untuk mengambil gambar perlawanan Kapit menentang pasukan Sarawak. Perlawanan telah dirasmikan oleh YB Datuk Alexander Nanta Linggi. Diagarkan lebih 5,000 orang penonton hadir ke Stadium Kapit yang terletak di Jalan Airport, Kapit.

Pasukan Kapit terdiri daripada pemain-pemain yang beraksi di Liga Kapit Naim iaitu dari pasukan Raban Dayak Fc, Kapit Eagles, Putra 1Malaysia, Ouna, PDRM Kapit, Samba Junior dan Gecko. Keputusan perlawanan Sarawak menang 5-1 menentang pasukan Kapit. Syabas kepada kedua-dua pasukan kerana telah memberikan aksi yang cukup menarik.

YB Datuk Alexander bersalam dan memberi sokongan kepada pasukan Kapit 
YB Datuk Alexander bersalam dengan pemain Sarawak
 YB bersalam dan berbual dengan Top Gun Sarawak Bobby Gonzales
  YB bersalam dan berbual dengan Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Albert
 YB menerima cenderahati daripada PBK
 Barisan pemain Sarawak
  Barisan pemain Kapit
 Pemain Sarawak melakukan percubaan 
 Stadium penuh, lebih daripada 5,000 orang penonton menonton perlawanan Kapit menentang Sarawak. We  love SARAWAK and football!
 Mengawal bola
 Pemain Sarawak(biru) dicabar pemain Kapit(merah)
  Bobby Gonzales menunjukkan skil
Me and Robert Albert

Tuesday 12 July 2011

Kisah Hidup ku Sebagai Manager@ Pengurus Pasukan Bola

2011, tertarik diriku untuk menulis di blog ini tentang tugas baru aku di Kapit sebagai Manager atau dalam bahasa Malaysia Pengurus pasukan bola sepak dan futsal.

Karrier ini bermula semasa Piala PBB Kapit, saya diberikan kepercayaan oleh Gary dan Sudiman untuk mengalas tanggungjawab sebagai Pengurus kelab Gee Hin FC. Kenangan yang tak dapat dilupakan adalah ketika saya memenangi lambungan syiling untuk melayankan pasukan kami ke Pusingan ke-2. Namun kami kalah   pada peringkat Suku Akhir setelah seri 2-2 dengan pasukan Haisan dalam sepakan penalti.
Gee Hin FC (2011)

Selesai tugas mengurus pasukan Gee Hin Fc, saya telah ditawarkan oleh Gary untuk menjadi pengurus kelab ZAM FC (Education) untuk merebut Piala Maksak Kapit. Zam Fc berada ditangga teratas kumpulan D ( menang 3 perlawanan dan seri 1), namun tewas kepada pasukan PDRM Kapit dipusingan ke-2.
Barisan pemain Zam FC (Education), sayang sekali pada perlawanan pusingan ke-2 saya tidak dapat bersama di atas urusan tugas diluar stesen.

Pada bulan Julai 2011 saya telah diberikan tanggungjawab sebagai Pengurus pasukan Raban Dayak FC untuk Piala Liga Kapit Naim 2011. 

1. Raban Dayak Fc  Win VS Gecko - 3-2
2. Raban Dayak Fc  Win VS Kapit Eagle - 2-1
3. Raban Dayak Fc  Win VS PDRM Kapit - 2-1
4. Raban Dayak Fc  Win VS Samba Junior- 3-2
5. Raban Dayak Fc Draw VS Putra 1Malaysia 2-2
6. Raban Dayak Fc Win Vs Ouna 8-2
 Perlawanan pertama Raban Dayak Fc VS Gecko
 Tamat perlawanan ke-3 Raban Dayak Fc VS PDRM Kapit berkesudahan 2-1
Saya bersama-sama semua pemain setelah tamat perlawanan. Seterusnya kami akan menentang Putra 1Malaysia, Samba Junior dan Ouna Kapit. Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemain, jurulatih, pegawai perubatan yang terlibat dan crew-crew yang telah memberikan kerjasama kepada saya. Saya sangat berbangga dapat mengenali dan berkerjasama dengan anda semua dan saya salute semangat "AGI IDUP, AGI NGELABAN" yang telah dipamerkan oleh semua pemain.