Sunday 6 March 2011

Inilah aku, Seorang Photographer Dari Kapit

Samuel & Kosma


Inilah aku, lebih dikenali sebagai James, some call me Lockon. Hobi saya fotografi, saya suka mengambil gambar, sehingga saya ingin sangat menjadi seorang jurugambar yang hebat seperti Pete Souza. Minat saya bermula setelah anak buah saya Samuel membeli sebuah DSLR dan telah menarik minat saya.


Sebelum cuti Hari Gawai 2010, kerana ini sangat memilik sebuah DSLR saya telah membeli sebuah kamera DSLR iaitu EOS Canon 1000d sehingga kini saya menggunakannya. Orang pernah kata, kalau minat, kita sanggup buat apa sahaja. Kalau tak minat, nak cakap pun tak nak apatah lagi nak buat. Pada June 2010 saya telah menghadiri majlis perkahwinan cousin/sepupu saya iaitu Juwita Augsutine di Kuching. Pada majlis tersebut saya telah berjumpa sepupu saya Dino Jilan yang pada masa itu menggunakan Sony Alpha A300


Maka, pada Ogos 2010 saya telah menerima tawaran untuk bertugas di Kapit iaitu bandar kelahiran saya. Sungguhpun saya sedih meninggalkan rakan-rakan setugas saya di Kuching dan rakan lain yang sudah seperti keluarga saya sendiri.


Maka, bermulalah episode Dunia Fotografiku disini. Bagaimana? Episode ini bermula dengan shoot pertama saya iaitu di pejabat bersama rakan-rakan sekerja.


Sesi Outdoor pertama yang saya sertai ada Outdoor With Anita Bayu and Sam yang pada masa itu cousin saya Dino menghubungi saya dan mengajak saya untuk membantu beliau.


Syukur pada hari keluarga KDC/MDK( Majlis Daerah Kapit) saya telah mengenali seorang kawan lelaki Melanau yang macho seperti saya juga iaitu Encik Herry yang pada masa itu menggunakan DSLR Sony Alpha A230 dan 
kami saling berkongsi pendapat tentang DSLR.


Event/Majlis pertama yang saya first shoot di Kapit adalah "Majlis Kesyukuran Eddie Kuwing" yang telah memenangi 3 trofi dari DAMA. Beliau telah menjemput saya dan Event yang paling meriah dan happening. Thank you Eddie Kuwing, saya doakan anda berjaya dalam karrier sebagai seorang penyanyi iban yang hebat. Tak sabar tunggu album baru Eddie Kuwing.


Dalam masa itu juga saya dan Herry dan turut di sertai oleh adik saya sendiri iaitu Terence dan model pertama saya iaitu Grace.


Kali pertama saya mengambil gambar bagi Majlis Perkahwinan adalah pada perkahwinan Samuel dan Kosma di Song bersama Herry dan Austin iaitu abang saya.


Permulaan Kapit Photography :


Satu malam saya search untuk Kelab-kelab fotografi di facebook, saya berjaya me'add dan di approve. Terima kasih admin kerana approve saya. Disitu saya mengenali Encik Faizul dan menjadi kawan saya di facebook.


Akhirnya pada satu petang yang damai, bertempat di FB( Famous Bakery) saya, Herry dan Faizul bertemu dan berbincang tentang sejarah group Kapit Photography, perkongsi ilmu tentang kamera dan teknik-teknik khas/skill.


Dari Famous Bakery kami berpindah ke Town Squere, disitu saya dapat belajar teknik percahayaan, fungsi-fungsi shutter speed mode, aperture mode dan cara menggunakan manual mode sebelum ini saya hanya menggunakan auto mode.


Sejiwa Senada bersama Zulkha Photography special guest Djack Djanggo & Marizan Jr 18-19 November 2010
Pada 18-19 November 2010, saya bersama Faizul, Herry, Austin(abg saya), Dino, Djack dan Marizan dari Kuching yang turun untuk bersama di pameran pertama kami di acara terbesar di Dewan Suarah Kapit pada masa itu. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah datang melihat pameran gambar dari kami semua dan turut photoshoot di booth kami.


Pada masa itu banyak telah saya pelajari daripada Djack, Marizan dan Dino. Kecuali teknik "Farouq Afferol" Djack yang baru diperkenalkan pada tahun 2011. Thank you guy!


Harapan saya, agar ramai lagi Photographer di Kapit menyertai kami dan berkongsi, berbincang tentang DSLR, bersama menyertai program "outdoor", "outing", "candid shoot" dan berjaya.



2 comments:

  1. ha..ha...best artikel tok james...sambung gik.... banyak suka duka kita lam fotografi tok...

    ReplyDelete
  2. Zul : auk bro aku akan molah yang terbaik gik lepas tok

    ReplyDelete