Tuesday 2 August 2011

Raban Dayak Fc hari ini di Utusan Borneo 2 Ogos 2011

Seronoknya hari ini dapat melihat gambar pasukan saya iaitu Raban Dayak Fc muncul di surat khabar Utusan Borneo hari ini 2.8.2011.  Terima kasih kepada Cikgu Syah Mirza kerana upload gambar ini.

Monday 1 August 2011

Raban Dayak Fc Juara Liga Naim Kapit 2011

Menamatkan perlawanan dengan rekod 5 kemenangan dan 1 seri. Akhirnya Raban Dayak Fc dinobatkan sebagai Juara Liga Naim Kapit 2011 pada 30 Julai 2011. Kemenangan pertama saya selaku pengurus pasukan. Tahniah kepada semua pemain-pemain yang telah bermain dengan baik dan juga kepada Cikgu Syah Mirza selaku Jurulatih Raban Dayak Fc dan Physio Mr Harrison a.k.a Mael. Tidak lupa kepada penyokong setia Raban Dayak FC.

Kedudukan  Mata Liga Naim Kapit 2011
1. Raban Dayak Fc - 16 mata
2. Kapit Eagles - 13 mata
3. Samba Junior -10 mata
4. Putra 1Malaysia - 9 mata
5. PDRM - 7 mata
6. Ouna - 3 mata
7. Gecko - 0 mata

 Kami Juara!!!! Hadiah disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kapit(baju kuning)! Raban Dayak Champion!
Saya, Syah Mirza dan Harrison@Mael
(Pengurus, Jurulatih, Physio)
*Gambar disumbangkan oleh Syah Mirza.