Sunday 16 December 2012

Bengkel Lanjutan Asas Fotografi anjuran MARA Kapit dan Whiteroom Studio

 Saya telah berpeluang untuk menyertai kursus lanjutan asas fotografi pada 3-4 november 2012 di Hotel Meligai anjuran pihak MARA Kapit dengan kerjasama dari Whiteroom Studio Kuching. Banyak yang telah dipelajari dari kursus ini dan sini saya ini kongsikan hasilnya


Gambar sempena AUTOSHOW Motorsikal


 Gambar Semasa Sesi Pembelajaran Percahayaan



 Sesi Outdoor



 Panning

Battle Of The Band Anjuran Kelab Muzik dan Kebudayaan Kapit, SIDS, OUNA dan Kelab Tarian Teresang Kenyalang

Pada 29 September 2012, bertempat di Kapit Town Squere telah diadakan Battle Of The Band. Sambutan meriah tapi sayang sekali saya tidak dapat membuat liputi sehingga ke keputusan siapa yang menang. Sini saya kongsikan gambar-gambar menarik untuk santapan kawan-kawan semua.


 Persembahan dari OUNA
 Persembahan dari KMKK
 Persembahan Khas Juri , dari Taju Remaong


Monday 28 May 2012

Kenapa DSLR ?



Kisah ini sebenarnya lama. Ada seorang kawan bertanya kepada saya semasa saya sedang sibuk mengedit(menyunting) gambar kahwin tahun lepas. Dia tanya apa bagus sangat DSLR menggunakan? Wow macam soalan SPM pulak..hehe.. Pada masa itu saya baru saja(newbie) dalam bidang photography dan menggunakan DSLR saya hanya mampu menjawab yang termampu sahaja seperti yang pernah saya baca di majalah-majalah dan di internet.

Perbezaan pertama adalah "Sensor", Perbezaan sensor mengakibatkan kualiti gambar DSLR lebih baik terutama dalam merakam warna, dan lebih detail dan lebih bebas “noise” atau bintik-bintik pada foto di setting ISO tinggi. Oleh sebab itu, kamera DSLR lebih baik dalam merakam foto di persekitaran yang gelap. Walaupun demikian kemampuan kamera DSLR untuk mengambil gambar yang baik di situasi yang gelap juga bergantung kepada bukaan lensa.

Perbezaan sensor juga mengakibatkan kamera DSLR lebih baik dalam mengatur “depth of field” sehingga lebih mudah membuat latar belakang/depan menjadi kabur (out of focus). Sensor kecil dalam kamera digital membuat efek ini sukar dicapai. Penggunaan atau keupayaan DSLR menukar Lensa juga menjadi faktor utama yang banyak membantu jurugambar menghasil gambar yang baik mengikut kesesuaian keadaan dan keperluaan. Manakala teknologi menukar lensa tiada pada Digital kamera. Pengambilan gambar dengan kecepatan tinggi berturut-turut juga lebih baik dengan kamera digital SLR. Rata-rata kamera digital SLR dapat mengambil gambar 3 -5 foto per detik. Dan kamera digital SLR peringkat pro dapat mengambil gambar antara lebih banyak gambar per detik.

Apa itu DSLR?
DSLR bermaksud  'Digital Single Lens Reflection'. 




Sunday 20 May 2012

Majlis Makan Malam Pra Gawai

19 Mei 2012, saya ingin kongsikan beberapa gambar sepanjang program Majlis Makan Malam Pra Gawai Kapit 2012 anjuran SADIA Kapit. VIP yang hadir YB Tan Sri James Jemut Masing. Banyak persembahan menarik especially dari Kelab kami iaitu Kelab Muzik dan Kebudayaan Kapit( KMKK) dengan live band yang cukup bertenaga, syabas!.

 Selain dari persembahan live band turut ada persembahan kebudayaan dari pelajar SMK Kapit, persembahan tarian dari suku kaum Orang Ulu, Suara Emas( Golden Voice for VIP). Saya juga turut berasa bertuah pada malam itu kerana memenangi hadiah dalam Cabutan Tiket bertuah. Thank you hehe..



 Ketibaan YB Tan Sri James Jemut Masing
 Persembahan kebudayaan dari SMK Kapit
 Upacara Miring

 Persembahan live band KMKK

 Pertandingan Kumang Gawai




Friday 4 May 2012

Majlis Perasmian Kelab Muzik Kebudayaan Kapit dan Battle Of The Band

Majlis Perasmian Kelab Muzik Dan Kebudayaan Kapit pada 24.3.2012 saya telah dilantik sebagai AJK Publisti sempena Majlis perasmian tersebut, antara aktiviti yang menarik pada hari itu adalah Battle Of The Band. Terdapat 13 band terlibat dalam sesi saringan pada pagi 24.3.2012. 

4 buah band telah dipilih ke final iaitu The Cliff Trouble, Ubiseven, Muhibah Studio dan Giatmara Band yang akan beraksi pada sebelah malam.

Majlis perasmian pada malam itu telah disempurnakan oleh YB Datuk Billy Abit, turut ada persembahan dari Kelab Muzik Kebudayaan Kapit, Persembahan Tarian dari Ouna dan final BOTB.

Keputusan :

1. Muhibah Studio
2. Cliff Trouble
3. Ubiseven
4. Giatmara Band

Ketibaan YB Datuk Billy Abit

Persembahan Ouna

Upacara Miring

Ucapan Pengerusi Kelab Encik Dixon Naga

Ucapan Penasihat Kelab Datuk Kristoffer Nyuak Bajok

Ucapan YB Datuk Billy Abit

Rasmi!!!

Persembahan tarian dari Ouna

Persembahan Kelab Muzik Kebudayaan Kapit

Eddie Kuwing & Lila turut hadir memberikan sokongan kepada KMKK! Thank you Eddie and Lila

Giatmara Band

Giatmara Band

Ubiseven

Cliff Trouble

Legenda Iban dan Ketua Juri, Cikgu Steward Siba

Syabas dan tahniah kepada pemenang BOTB dan tidak lupa juga kepada semua AJK-AJK kelab yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis dari pagi sehingga malam. 

Thursday 3 May 2012

Konser Gegar Kapit 2012

28hb April 2012, Jam 2 petang. Saya dan Silver Kelisa telah diberikan peluang untuk mengambil gambar event Konsert Gegar Kapit, terima kasih kepada saudara Eddie Kuwing yang telah memberikan peluang ini kepada kami untuk bersama menyaksikan dan mengambil gambar pada Konsert Gegar Kapit 2012.

Konsert Gegar Kapit  menampilkan artis-artis seperti Melissa Francis, Lucy M, Masterpiece, Hevance, Eddie Kuwing, Lila, Enserami dan persembahan komedi dari artis terkenal iban iaitu Bunyau dan Mujap. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kapit. Konsert Gegar Kapit telah berjaya "Mengegarkan" Kapit dengan persembahan terbaik dari semua artis yang terlibat serta penganjuran yang terancang dan terbaik.


Bunyau N Mujap

Ucapan dari Eddie Kuwing

Majlis Perasmian dan Cenderahati kepada VVIP

Bunyau dan Mujap 

Eddie Kuwing




Lila Manchal

Lucy M

Depha Masterpiece



Hevance & Lucy M - Aku nemu

Anak Kampung by Eddie Kuwing

Melissa Francis