Monday 28 May 2012

Kenapa DSLR ?



Kisah ini sebenarnya lama. Ada seorang kawan bertanya kepada saya semasa saya sedang sibuk mengedit(menyunting) gambar kahwin tahun lepas. Dia tanya apa bagus sangat DSLR menggunakan? Wow macam soalan SPM pulak..hehe.. Pada masa itu saya baru saja(newbie) dalam bidang photography dan menggunakan DSLR saya hanya mampu menjawab yang termampu sahaja seperti yang pernah saya baca di majalah-majalah dan di internet.

Perbezaan pertama adalah "Sensor", Perbezaan sensor mengakibatkan kualiti gambar DSLR lebih baik terutama dalam merakam warna, dan lebih detail dan lebih bebas “noise” atau bintik-bintik pada foto di setting ISO tinggi. Oleh sebab itu, kamera DSLR lebih baik dalam merakam foto di persekitaran yang gelap. Walaupun demikian kemampuan kamera DSLR untuk mengambil gambar yang baik di situasi yang gelap juga bergantung kepada bukaan lensa.

Perbezaan sensor juga mengakibatkan kamera DSLR lebih baik dalam mengatur “depth of field” sehingga lebih mudah membuat latar belakang/depan menjadi kabur (out of focus). Sensor kecil dalam kamera digital membuat efek ini sukar dicapai. Penggunaan atau keupayaan DSLR menukar Lensa juga menjadi faktor utama yang banyak membantu jurugambar menghasil gambar yang baik mengikut kesesuaian keadaan dan keperluaan. Manakala teknologi menukar lensa tiada pada Digital kamera. Pengambilan gambar dengan kecepatan tinggi berturut-turut juga lebih baik dengan kamera digital SLR. Rata-rata kamera digital SLR dapat mengambil gambar 3 -5 foto per detik. Dan kamera digital SLR peringkat pro dapat mengambil gambar antara lebih banyak gambar per detik.

Apa itu DSLR?
DSLR bermaksud  'Digital Single Lens Reflection'. 




No comments:

Post a Comment