Tuesday 12 July 2011

Kisah Hidup ku Sebagai Manager@ Pengurus Pasukan Bola

2011, tertarik diriku untuk menulis di blog ini tentang tugas baru aku di Kapit sebagai Manager atau dalam bahasa Malaysia Pengurus pasukan bola sepak dan futsal.

Karrier ini bermula semasa Piala PBB Kapit, saya diberikan kepercayaan oleh Gary dan Sudiman untuk mengalas tanggungjawab sebagai Pengurus kelab Gee Hin FC. Kenangan yang tak dapat dilupakan adalah ketika saya memenangi lambungan syiling untuk melayankan pasukan kami ke Pusingan ke-2. Namun kami kalah   pada peringkat Suku Akhir setelah seri 2-2 dengan pasukan Haisan dalam sepakan penalti.
Gee Hin FC (2011)

Selesai tugas mengurus pasukan Gee Hin Fc, saya telah ditawarkan oleh Gary untuk menjadi pengurus kelab ZAM FC (Education) untuk merebut Piala Maksak Kapit. Zam Fc berada ditangga teratas kumpulan D ( menang 3 perlawanan dan seri 1), namun tewas kepada pasukan PDRM Kapit dipusingan ke-2.
Barisan pemain Zam FC (Education), sayang sekali pada perlawanan pusingan ke-2 saya tidak dapat bersama di atas urusan tugas diluar stesen.

Pada bulan Julai 2011 saya telah diberikan tanggungjawab sebagai Pengurus pasukan Raban Dayak FC untuk Piala Liga Kapit Naim 2011. 

1. Raban Dayak Fc  Win VS Gecko - 3-2
2. Raban Dayak Fc  Win VS Kapit Eagle - 2-1
3. Raban Dayak Fc  Win VS PDRM Kapit - 2-1
4. Raban Dayak Fc  Win VS Samba Junior- 3-2
5. Raban Dayak Fc Draw VS Putra 1Malaysia 2-2
6. Raban Dayak Fc Win Vs Ouna 8-2
 Perlawanan pertama Raban Dayak Fc VS Gecko
 Tamat perlawanan ke-3 Raban Dayak Fc VS PDRM Kapit berkesudahan 2-1
Saya bersama-sama semua pemain setelah tamat perlawanan. Seterusnya kami akan menentang Putra 1Malaysia, Samba Junior dan Ouna Kapit. Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemain, jurulatih, pegawai perubatan yang terlibat dan crew-crew yang telah memberikan kerjasama kepada saya. Saya sangat berbangga dapat mengenali dan berkerjasama dengan anda semua dan saya salute semangat "AGI IDUP, AGI NGELABAN" yang telah dipamerkan oleh semua pemain. 

No comments:

Post a Comment