James Ghostz Official Blog
A Boy, From Kapit, Sarawak to Sepang
Tuesday, 9 February 2016
Ride to Serian Bike Fest 2015 on 24 October 2015
Serian bike fest 2015 ber langsung pada 24 Oktober 2015 Di Taman Danu Serian. Pada 23 Oktober rakan saya dari Teresang Bikers Kapit iaitu saudara Clarence Chin Dan Reynold Jarau telah berkunjung Ke Sri Aman Dan mereka ber malam semalam Di Sri Aman.
Sunday, 6 September 2015
Teresang Bikers Kapit
Kelab Sukan Rekreasi Bermotorsikal Teresang Kapit atau dikenali sebagai Teresang Bikers Kapit. Telah ditubuhkan pada 11 Januari 2015. Kelab ini telah didaftarkan dibawah Pesuruhjaya Sukan Negeri Sarawak pada April 2015. Antara objektif penubuhan kelab ini adalah untuk menyatukan pemilik-pemilik motorsikal tanpa mengira jenis, jenama dan cc motor. Jom sertai Teresang Bikers!
Monday, 1 December 2014
Ride Sibu ke Kota Kinabalu
14 September 2014, kami membuat satu ride dari Sibu ke Kota Kinabalu, Sabah. Antara ahli-ahli yang turut serta adalah saya sendiri(KLX 150), Gary Rungom(Yamaha LC135), Garyrino(Yamaha LC135), Allif (D-Tracker 150), Hairol(D-Tracker 150), Daniel(Yamaha FZ150) dan Biskut Riang(D-Tracker X) yang menyertai kami di Bintulu. Sebelum itu kami telah menghantar jentera-jentera(motorsikal) kami ke Sibu menggunakan tongkang pada 10 September 2014
My KLX150s diangkat ke Tongkang
Jadi saya bersama Hairol dan Aliff turun pada 14 September 2014 menggunakan bot express jam 6.30 pagi dari Kapit ke Sibu, manakala Daniel dan Gary R sudah berada di Sibu pada 13 September 2014 dan Garyrino dari Sri Aman ke Sibu juga tiba pada 13 September 2014.
Setibanya di Sibu kami bertemu dan bergerak terus ke Wharf Tongkang dimana kesemua jentera(motorsikal) kami disimpan. Bayaran untuk 1 motorsikal menggunakan khidmat tongkang dari Kapit ke Sibu adalah RM50.00 untuk 1 unit motorsikal. Setelah mengambil motorsikal dan selesai membuat pembayaran kami bergerak ke workshop/bengkel untuk memeriksa dan service jentera memandangkan kengkangan masa untuk berbuat demikian di Kapit pada ketika itu.
Di Wharf Tongkang
Gambar di Sibu sebelum berangkat ke Miri( dari Kiri : Hairol, Danniel, Garyrino, James, Alliff, Gary R)
Pada jam sekitar12.30 tengahari kami berangkat dan meninggal Sibu dan bermula perjalanan kami. Dari Sibu kami berhenti di Selangau untuk mengisi minyak dan seterusnya pit stop di Tatau. Di Tatau kami berhenti untuk mengisi minyak dan take five iaitu makan dan minum sebelum berangkat ke Bintulu.
1st pit stop at Selangau Petronas Petrol Station
Setibanya di Bintulu saudara Biskut Riang menyertai kami dan kami berhenti di Bintulu untuk berehat seketika sebelum berlepas ke Miri.
Kami tiba di Miri dan bermalam..(saya dah lupa nama hotel tu)
2nd Day : Miri-Brunei-Kota Kinabalu
Keesokkan paginya oleh kerana plat number bahagian berlakang motorsikal saya terjatuh/tertanggal oleh itu saya, Gary, Garyrino dan Danniel ke Kedai untuk membuat number plat tersebut. Manakala Hairol, Biskut dan Aliff ke Pejabat Immigresen untuk urusan Passport. And the best part..taukey kedai tak ada, dan tiada orang pandai buat..nasib ada Danniel pandai buatkan sendiri plat number motorsikal saya itu.
2nd Day : Miri-Brunei-Kota Kinabalu
Keesokkan paginya oleh kerana plat number bahagian berlakang motorsikal saya terjatuh/tertanggal oleh itu saya, Gary, Garyrino dan Danniel ke Kedai untuk membuat number plat tersebut. Manakala Hairol, Biskut dan Aliff ke Pejabat Immigresen untuk urusan Passport. And the best part..taukey kedai tak ada, dan tiada orang pandai buat..nasib ada Danniel pandai buatkan sendiri plat number motorsikal saya itu.
Garyrino solo ride balik dari Miri ke Sibu
Selepas itu kami balik ke hotel dan saudara Garyrino mengucapkan selamat tinggal kami dan beliau solo ride dari Miri balik ke Sibu, harap satu hari nanti dapat ride bersama lagi dengan saudara Garyrino. Ride kami bermula pada tengahari dari Miri dan kami tiba di Limbang untuk mengisi perut(makan dan minum)
2nd day ride Miri-Brunei- KK
Pos CIQ Sungai Tujuh
Isi Minyak di Brunei
Pagi kami check out hotel, breakfast dulu kemudiannya isi minyak dan terus ke destinasi yang dituju, pertama kita ke Kudat, dalam perjalanan ke Kudat kami terpaksa berhenti di bengkel motorsikal..kerana masalah rantai kendor hehehe...long distance..
Setelah masalah rantai kendor berjaya diperbaiki kami meneruskan perjalanan ke Kudat..yeahh..
Dari Kiri : Danniel, James, Gary R, Alliff, Hairol, Biskut Riang
Tiba di Kudat kami isi minyak dan isi perutt..lapar hehe..selepas ke Kudat kami ke Simpang Mengayau Tip Of Borneo
ambik selfie bersama bro Daniel
Selepas itu kami ke Ranau, sejukkkkk..terbaik!! LIKE!
Ranau
On The Way ke Ranau
Kami bergerak dari Tip Of Borneo ke Ranau dan mengisi minyak dahulu sebelum ke Ranau. Semasa perjalanan kami menempuhi hujan, cuaca sejuk..ekzo pun tak rasa panas masa tu, rasa macam di negeri orang putih hehehe..tempatnya sangat cantik.love it
4th Day : Melawat Tagal, Main Golf, Ladang Lembu Kudansang, Kudansang War Memorial
Fish Spa "Tagal" Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah
Group photo
Kundasang
Kundasang War Memorial
Main Golf di Kundasang
Kinabalu Park
Perjalanan Ke Sipitang dan Limbang
Sipitang
Wajib makan satay sipitang
Day 5 : Limbang-Brunei-Miri-Bintulu
rasanya dekat kot...
Kami sarapan pagi di Limbang, Gary R solo ride ke Miri pada awal pagi kerana ada urusan penting di Miri pada masa itu. Saya, Hairol, Daniel, Alliff dan Biskut Riang meneruskan perjalanan Limbang-Brunei-Miri dan Bintulu
Luak Esplande
The Kawasaki Bro
Signal light patah
Malam kami berkesempatan bertemu dan makan malam bersama Aki Anis. Harap satu hari nanti dapat ride bersama Aki Anis.
Kami singgah rehat di Miri, pada jam 2 petang kami meneruskan perjalanan ke Bintulu.
good bye Bintulu, great place and beautiful
Sibu sudah..
Let Go Home!
It's was a great adventure surely i will come again. Love all the place that i visit! wish i can go again.Thank you all friend!
My machine
Subscribe to:
Posts (Atom)